Bengkel Kepimpinan Bersama JPKK Kg Lubuk Kelubi & Kg Padang
Pada 26 April 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Kepimpinan Bersama JPKK bagi Kampung Lubuk Kelubi dan Kampung Padang. Program yang bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort ini bermatlamat memperkasa kepimpinan akar umbi selaras dengan tema: Bersama Memimpin, Bersatu Membangun Kampung Gambar & video program boleh dilihat dalam album ini . Program telah berlangsung seperti berikut: Sesi Pagi: Pemantapan Teori & Konsep Program dimulakan dengan pendaftaran dan ucapan perasmian oleh Ketua Kampung. Sesi diteruskan dengan pengisian modul intensif oleh Tn Syed Abd Aziz Al-Qubro. Modul 1: Menekankan Konsep Kehidupan & Tujuan (Ghazalian) serta Komponen Diri Manusia. Modul 2: Mengupas Peranan Amanah, Hala Tuju Kepimpinan Masyarakat, dan Gagasan Alif Mim Sin (Fondasi Tauhid Ibrahimiyyah). Sesi Tengah Hari: Aktiviti Interaktif & Kerohanian Modul 3: Memfokuskan kepada Kepimpinan Rohani dan Formula Alif, Mim & Sin. Rehat: Makan tengah hari dan solat Zuhur berjema...

