Mengenai Masjid Kariah Lubuk Kelubi
Masjid Kariah Lubuk Kelubi dirasmikan oleh Pemangku Raja Selangor Sultan Idris Shah ibni Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah pada 18 Ogos 1972. Masjid berkeluasan 1/2 ekar ini bercorakkan rekabentuk klasik dimana terdapat menara dan dua kubah kecil tersergam indah. Ianya dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink merah dan dicat dengan warna kuning pada keseluruhan bangunan. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani dan pendingin hawa untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah harian.
Lokasi masjid pada Google Maps

Ulasan
Catat Ulasan