Bengkel Kepimpinan Bersama JPKK Kg Lubuk Kelubi & Kg Padang
Pada 26 April 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Kepimpinan Bersama JPKK bagi Kampung Lubuk Kelubi dan Kampung Padang. Program yang bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort ini bermatlamat memperkasa kepimpinan akar umbi selaras dengan tema:
Bersama Memimpin, Bersatu Membangun Kampung
Gambar & video program boleh dilihat dalam album ini.
Program telah berlangsung seperti berikut:
Sesi Pagi: Pemantapan Teori & Konsep
Program dimulakan dengan pendaftaran dan ucapan perasmian oleh Ketua Kampung. Sesi diteruskan dengan pengisian modul intensif oleh Tn Syed Abd Aziz Al-Qubro.
Modul 1: Menekankan Konsep Kehidupan & Tujuan (Ghazalian) serta Komponen Diri Manusia.
Modul 2: Mengupas Peranan Amanah, Hala Tuju Kepimpinan Masyarakat, dan Gagasan Alif Mim Sin (Fondasi Tauhid Ibrahimiyyah).
Sesi Tengah Hari: Aktiviti Interaktif & Kerohanian
Modul 3: Memfokuskan kepada Kepimpinan Rohani dan Formula Alif, Mim & Sin.
Rehat: Makan tengah hari dan solat Zuhur berjemaah.
Sesi Petang: Gerak Kerja & Pelan Strategik
Sesi petang lebih fokus kepada aplikasi praktikal dan perancangan masa depan:
Modul 4: Kerja Berpasukan, Komunikasi, dan Pengurusan Sukarelawan.
Game (Dinosaur Egg): Aktiviti membina kerjasama pasukan.
Modul 5 (Pelan Tindakan AJK 2026 – 2030): Perancangan strategik menggunakan SPICESF
Program berakhir pada jam 6:00 petang dengan majlis penutup dan jamuan minum petang. Syabas diucapkan kepada semua peserta dan pihak MindHeart Mastery selaku perunding latihan atas penganjuran bengkel yang sangat bermakna ini.


Ulasan
Catat Ulasan