Bacaan Yaasin Malam Nisfu Syaaban





Program Malam Nisfu Syaaban 1447H telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Kariah Lubuk Kelubi pada Isnin, 2 Februari 2026, selepas Solat Maghrib. Program ini diisi dengan bacaan Surah Yaasin sebanyak tiga kali. Jamuan turut disediakan untuk jemaah yang hadir.











Alhamdulillah, kehadiran jemaah kali ini amat menggalakkan dan menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sambutan yang baik ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kesungguhan ahli kariah dalam mengimarahkan masjid dengan penuh keberkatan.

Ulasan

Catatan Popular